Ahli Parlimen Thailand dipenjara dua tahun hina raja

Chonthicha Jaengraew. - Foto: Agensi
Chonthicha Jaengraew. - Foto: Agensi
A
A
A

BANGKOK - Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kepada seorang ahli Parlimen (MP) dari Parti Move Forward (MFP) kerana menghina monarki.

Tertuduh, Chonthicha Jaengraew didapati bersalah di bawah undang-undang lese-majeste yang ketat di Thailand berhubung ucapannya semasa protes anti-kerajaan pada tahun 2021.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, MFP memenangi kerusi terbanyak, tetapi disekat daripada membentuk sebuah kerajaan oleh pasukan konservatif yang menentang ikrarnya memperbaharui undang-undang fitnah diraja.

Peguamnya memberitahu AFP bahawa mahkamah di Thanyaburi, utara Bangkok telah mengurangkan hukuman daripada tiga tahun kerana Chonthicha memberi kerjasama.

Namun, MP itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak 150,000 baht (RM18,751) sementara menunggu rayuan.

Sebelum ini, seorang lagi MP dari MFP telah dipenjarakan selama enam tahun pada bulan Disember kerana menyiarkan mesej di platform X yang dianggap menghina raja. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: