Ahli Parlimen Perancis digantung tugas gara-gara kibar bendera Palestin

Delogu melakukan tindakan itu ketika sesi perdebatan hangat mengenai cadangan untuk mengiktiraf negara Palestin. Foto Agensi
Delogu melakukan tindakan itu ketika sesi perdebatan hangat mengenai cadangan untuk mengiktiraf negara Palestin. Foto Agensi
A
A
A

PARIS - Seorang ahli Parlimen Perancis digantung tugas pada Selasa selepas beliau mengibarkan bendera Palestin ketika sesi perdebatan hangat mengenai cadangan untuk mengiktiraf negara Palestin.

Speaker Parlimen, Yael Braun-Pivet menyifatkan tindakan anggota Parti France Unbowed (LFI), Sebastien Delogu itu kononnya tidak boleh diterima.

Ahli dewan kemudiannya mengundi untuk 'menghukum' Delogu selama 14 hari dan memotong separuh elaunnya selama dua bulan.

Beliau turut menunjukkan simbol kemenangan 'V' sebelum meninggalkan dewan tersebut dan disusuli sorakan ahli lain yang meraikan keputusan penggantungan tugas terhadapnya.

Sementara itu, sekumpulan timbalan daripada Gerakan Lima Bintang di Itali juga membawa bendera Palestin ketika perbincangan tentang krisis Asia Barat di dewan tersebut di mana tuntutan turut dibuat kepada pemerintah supaya mengiktiraf negara Palestin.

Gerakan untuk menyokong tuntutan Palestin semakin meningkat selepas Sepanyol, Ireland dan Norway mengambil langkah yang mewujudkan 'pengasingan' terhadap rejim Zionis. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!