Anwar ramal ramai lagi ahli Parlimen pembangkang tinggalkan parti

Anwar ketika berucap menyempurnakan penutupan Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.
Anwar ketika berucap menyempurnakan penutupan Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan lebih ramai lagi ahli Parlimen pembangkang meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan.

Menurutnya, keyakinan mereka semakin terhakis kerana janji perubahan kerajaan yang digembar-gemburkan tidak menjadi kenyataan.

"Mereka diberikan harapan akan berlaku perubahan (kerajaan). Sebaik sahaja terhakis harapan ini, orang-orang yang dijanji dan ahli-ahli Parlimen yang yakin bahawa perubahan akan berlaku, apabila perubahan tidak berlaku, maka seorang demi seorang akan meninggalkan parti mereka.

"Saya percaya ada tanda-tanda yang boleh diyakini bahawa ramai lagi ahli Parlimen yang terhakis keyakinan mereka dengan janji-janji palsu diberikan oleh Perikatan Nasional," katanya ketika berucap menyempurnakan penutupan Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pimpinan tertinggi kedua-dua gabungan berkenaan.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, matlamat pembangkang untuk meruntuhkan kerajaan tidak akan berjaya kerana semua parti di dalam kerajaan kukuh.

"Kerana tujuan dan matlamat tebuk atap itu, walaupun saya dah jawab atap ini atap konkrit, dia cuba bukan sahaja di Malaysia, berpindah ke Dubai dan London.

"Dia lupa Dubai dan London itu konkritnya jauh lebih tebal," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Pada 24 Januari lalu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, menjadikannya wakil rakyat pembangkang keenam bertindak demikian.

Lima lagi wakil rakyat pembangkang yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

@sinarharianonline

Anwar ramal ramai lagi ahli Parlimen pembangkang tinggalkan parti #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Kerajaan #PM #Anwar #Parlimen #MP #Pembangkang #Pentadbiran #Parti

sonido original - Jose Carlos