[VIDEO] SPM: 15,918 layak terima sijil di Pahang, 517 dapat semua A

A
A
A

KUANTAN - Seramai 517 daripada 16,782 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pahang berjaya memperoleh keputusan semua A.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, Amzan Abd Malek berkata, daripada jumlah itu, seramai empat calon memperoleh semua A+.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan seramai 112 calon atau 0.66 peratus pada tahun ini berbanding 405 tahun sebelumnya.

"Malah, 15,918 daripada 16,782 calon yang menduduki SPM 2023 juga layak memperoleh sijil," katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM Tahun 2024 di Jabatan Pendidikan Negeri di Indera Mahkota di sini pada Isnin.

Beliau memberitahu, seramai 110 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) iaitu dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) menduduki peperiksaan tahun lalu.

Jelasnya, 11 calon telah mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 5A daripada jumlah terbabit.

Amzan (tiga dari kiri) menunjukkan keputusan SPM 2023 di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Indera Mahkota pada Isnin.
Amzan (tiga dari kiri) menunjukkan keputusan SPM 2023 di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Indera Mahkota pada Isnin.

"Dua calon tersebut daripada kategori kurang upaya penglihatan (rabun), seorang kurang upaya pendengaran dan dua masalah pembelajaran.

Artikel Berkaitan:

"Lima lagi calon daripada kurang upaya fizikal dan seorang adalah kurang upaya pelbagai," katanya.

Amzan memaklumkan, bagi prestasi negeri, Gred Purata Negeri (GPN) menunjukkan peningkatan sebanyak 4.36 iaitu 0.21 lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu 4.57.

Katanya, Gred Purata Mengikut Lokasi pula menunjukkan pencapaian calon SPM luar bandar meningkat kepada 4.61 berbanding 4.88 pada tahun lalu.

"Ini sekali gus merapatkan jurang sebanyak 0.1 berbanding tahun lalu," ujarnya.

Tambah beliau, sebanyak 10 sekolah dengan lima sekolah Kuantan dan masing-masing satu di Bentong, Pekan, Jerantut, Rompin dan Raub disenaraikan sebagai sekolah terbaik.

Dalam pada itu, Amzan berkata, seramai 609 calon murid Orang Asli negeri ini telah menduduki peperiksaan SPM 2023 dengan 41 darinya telah mendapat sekurang-kurangnya 5A- berbanding 36 orang calon tahun lalu.

“Seramai 17 calon mendapat 5A-, 12 (6A, tujuh ( 7, empat (8A-), dan seorang calon memperoleh keputusan 9A-,” ujarnya.

“Seramai 17 calon mendapat 5A-, 12 (6A-), tujuh (7A-), empat (8A-) dan seorang calon memperoleh keputusan 9A-,” ujarnya.

Amzan juga memberitahu, seramai 1,231 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2023 bagi Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) melibatkan 18 pusat peperiksaaan.

“Nilai GPN tahun 2023 bagi SMAN adalah 3.74 dengan 1,226 calon daripada 1,231 calon layak sijil.

"Daripada jumlah itu, seramai 11 calon mendapat keputusan cemerlang semua A,” katanya.

Beliau dalam pada itu merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak terlibat dalam memastikan kecemerlangan calon SPM di Pahang tahun ini.

“Tahniah kepada semua PPD yang memastikan tidak ada anak-anak mereka tertinggal dalam SPM.

"Kita mahukan semua lulus atau ada yang cemerlang," jelas beliau lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!