KM Tun Fatimah: 9 tangkapan, rampasan RM13 juta dalam tempoh lima bulan

KM Tun Fatimah memainkan peranan pengawasan dan rondaan berterusan di kawasan perairan negara, terutama di Laut China Selatan.
KM Tun Fatimah memainkan peranan pengawasan dan rondaan berterusan di kawasan perairan negara, terutama di Laut China Selatan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan kejayaan menumpaskan pencerobohan bot nelayan asing dengan nilai rampasan mencecah RM13 juta.

Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) itu memulakan operasi pada Januari lalu bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara, khususnya menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, antara peranan utama KM Tun Fatimah termasuklah pengawasan dan rondaan maritim berterusan di kawasan perairan negara, terutamanya di Laut China Selatan.

Saiful
Saiful

"Kawasan ini merupakan laluan perdagangan yang sibuk dan sering menjadi sasaran aktiviti jenayah maritim seperti penyeludupan, pencerobohan perairan dan aktiviti mencuri sumber laut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Saiful berkata, KM Tun Fatimah juga memainkan peranan penting dalam penguatkuasaan undang-undang maritim.

KM Tun Fatimah mempunyai kemudahan lengkap dan terkini, selain turut terlibat dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.
KM Tun Fatimah mempunyai kemudahan lengkap dan terkini, selain turut terlibat dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

Jelasnya, kapal itu dilengkapi dengan peralatan pemantauan dan komunikasi yang canggih, membolehkan Maritim Malaysia mengesan dan menangkap individu atau kumpulan yang melanggar undang-undang maritim.

Artikel Berkaitan:

"Ini termasuklah kegiatan penyeludupan, pencerobohan perairan dan penangkapan ikan.

KM Tun Fatimah milik Maritim Malaysia ditempatkan di Laut China Selatan bagi mengawal sebarang ancaman jenayah rentas sempadan.
KM Tun Fatimah milik Maritim Malaysia ditempatkan di Laut China Selatan bagi mengawal sebarang ancaman jenayah rentas sempadan.

"Setakat 24 Mei lalu, KM Tun Fatimah berjaya melaksanakan sembilan tangkapan melibatkan kes pencerobohan bot nelayan asing dengan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM13 juta," katanya.

Selain itu, katanya lagi, OPV1 ini juga mempunyai kemudahan lengkap dan terkini, selain turut terlibat dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

KM Tun Fatimah juga memainkan peranan penting dalam penguatkuasaan undang-undang maritim.
KM Tun Fatimah juga memainkan peranan penting dalam penguatkuasaan undang-undang maritim.

Kata Saiful, sebagai sebuah kapal baharu buatan tempatan, KM Tun Fatimah diharap dapat mengurangkan jenayah maritim di perairan negara.

"Ini termasuklah melindungi sumber laut daripada dieksploitasi secara haram dan memastikan laluan perdagangan maritim sentiasa selamat.

"Kehadiran KM Tun Fatimah membuktikan kesungguhan Kerajaan Madani dalam menangani cabaran keselamatan maritim dan melindungi perairan daripada pelbagai ancaman.

"Diharapkan keselamatan perairan negara dapat dipertingkatkan dan jenayah maritim dapat dikurangkan," ujarnya.

Pada 2 Mac lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan nama Tun Fatimah adalah berdasarkan sifat keberanian srikandi berkenaan menjaga bangsa dan kedaulatan tanah air.