Kolej penginapan UM antara lokasi terjejas pokok tumbang

Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian pokok tumbang di empat lokasi sekitar ibu negara pada Sabtu.
Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian pokok tumbang di empat lokasi sekitar ibu negara pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kolej penginapan Universiti Malaya (UM), di sini antara empat lokasi terjejas pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat pada Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, insiden bermula kira-kira jam 6.20 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

"Lokasi pertama ialah Lot 5746, Jalan Klang Lama melibatkan pokok tumbang yang menghempap empat buah lori tiga tan.

"Kolej kediaman di UM juga dilaporkan pokok tumbang yang menghempap tiang elektrik hingga menghalang laluan utama," katanya pada Sabtu.

Tambah kenyataan, sebuah Apartment Trellises dan Jalan Long Yew Koh di Taman Tun Dr Ismail juga terjejas apabila pokok tumbang dan turut menghalang laluan utama.

"Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang dilakukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: