X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda UMNO kutuk insiden kekecohan di KKIA

Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengutuk tindakan sekumpulan individu menyerang rombongan beberapa pimpinan dan ahli Pemuda UMNO di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan rakaman video insiden tular di media sosial jelas menunjukkan provokasi yang turut membabitkan serangan fizikal dilakukan beberapa individu di kaunter perlepasan KKIA disaksikan orang awam termasuk pelancong luar negara.

Katanya, Pemuda UMNO menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa agar segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa tokoh parti kerajaan, Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang juga penyokong kuat cadangan kerajaan untuk memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) berada di tempat kejadian.

"Beliau juga pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana sindiket kad pengenalan palsu selain ditabalkan sebagai Sultan Sulu.

"Hakikatnya budaya politik samseng ganas selepas selesainya PRK di Kimanis seperti ini tidak sesekali mencerminkan sifat sebenar rakyat Sabah ‘original’ yang terkenal dengan masyarakatnya yang harmonis.

"Bahkan tinggi nilai kesantunannya biarpun rencam dengan pelbagai etnik dan agama," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Papagomo buat laporan polis, beliau 'diserang' di KKIA

Pengurusan lapangan terbang diminta tingkat keselamatan

Mengulas lanjut, beliau turut menyifatkan situasi itu juga menjustifikasikan senario sebenar mengapa majoriti pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis menolak cadangan PSS yang mampu menggugat kerukunan hidup masyarakat Sabah dengan kebanjiran budaya asing yang ganas seperti itu.

Justeru katanya, Pemuda UMNO mengajak seluruh rakyat Sabah dan Malaysia keseluruhannya mengutuk sekeras-kerasnya budaya politik samseng ganas dan menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas agar budaya politik samseng ganas yang amat memalukan ini tidak berulang.

"Bahkan tinggi nilai kesantunannya biarpun rencam dengan pelbagai etnik dan agama," katanya

"Pemuda UMNO turut ingin merakamkan penghargaan kepada pihak keselamatan KKIA kerana pantas mententeramkan keadaan.

"Pada masa sama, Pemuda UMNO mencadangkan agar Kerajaan Sabah segera melakukan penambahbaikan terhadap sistem kawalan keselamatan terutamanya di tempat awam seperti lapangan terbang agar keselamatan orang awam dan pelancong terpelihara," katanya.