Papagomo buat laporan polis, beliau 'diserang' di KKIA

Papagomo buat laporan polis di Balai Polis Setapak.
Papagomo buat laporan polis di Balai Polis Setapak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo telah membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, tadi, berhubung insiden beliau 'diserang' sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Muhammad Azri berharap polis akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kumpulan yang memukulnya.

"Saya harap pihak polis tak abaikan laporan ini walau siapa pun mereka yang bertindak ganas menyerang saya," katanya melalui laman sosialnya, tadi.

Beliau juga meminta kepada semua agar tidak menyalahkan orang Sabah.

"Isteri saya orang Sabah, dia hubungi saya, menangis minta maaf kerana saya dipukul. Saya cakap bukan salah orang Sabah dan tak perlu minta maaf.

"Mereka yang pukul saya di lapangan terbang itu mungkin penyokong Datuk Seri Mohd Shafie Apdal," katanya.

Muhammad Azri berkata, mereka masuk dalam lapangan terbang beramai-ramai dan menyerangnya.

"Budaya ini bukan budaya orang Sabah. Ada 'kekebalan' agaknya untuk mereka masuk ke dalam lapangan terbang dan menyerang saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebuah laporan portal berita memaklumkan ketika kejadian Muhammad Azri mahu pulang ke Kuala Lumpur, beliau telah ‘dikepung’ dan menerima provokasi daripada sekumpulan lelaki terbabit.

Difahamkan, ia gara-gara beliau mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal ketika berkempen pada PRK Parlimen Kimanis.

Muhammad Azri juga kelihatan beremosi ketika menerima provokasi serta cuba melawan namun ditenangkan oleh sekumpulan ahli UMNO dan polis yang mengiringinya.