Fahami mesej sebenar khutbah Jumaat libat isu boikot - Timbalan Menteri

Dr Zulkifli (tengah) bergambar bersama peserta di Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024.
Dr Zulkifli (tengah) bergambar bersama peserta di Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menekankan masyarakat supaya memahami mesej sebenar yang disampaikan melalui khutbah Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berkait isu boikot.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, teks rasmi khutbah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.

Menurut beliau, pihak berkenaan mempunyai jawatankuasa yang menyediakan teks yang kemudian disemak oleh mufti.

“Saya yakin bahawa teks itu melalui proses terperinci.

“Perkara penting ialah mesejnya untuk wujudkan masyarakat berilmu, menyemak dan berhati-hati dalam membuat keputusan, itu yang perlu difahami,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024 di Dewan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan, Mahadi Awang.

Dr Zulkifli berkata, banyak aspek yang perlu dinilai untuk membuat sesuatu keputusan atau tindakan selain memastikannya berlandaskan pada data dan fakta sahih.

“Kita juga perlu mengambil tahu implikasinya secara makro dan mikro terhadap masyarakat mahupun Parlimen,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Akhbar semalam melaporkan, teks rasmi khutbah Jumaat JAIPk tersebut didakwa menyeru umat Islam menghentikan amalan boikot atau memulaukan perniagaan tertentu.

Khutbah itu dipercayai menyatakan bahawa tindakan boikot harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan tersebut berlawanan dengan keadilan Islam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!