Ramai tidak beri harapan tapi Perak FC menang - Yusri

Pemain Perak FC bertemu para penyokong selepas tamat saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat. Foto Perak FC
Pemain Perak FC bertemu para penyokong selepas tamat saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat. Foto Perak FC
A
A
A

PENGENDALI Perak FC, Yusri Che Lah memberikan penghargaan kepada semua pemainnya untuk mencatatkan kemenangan pertama menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 selepas tiga perlawanan.

Menurutnya, biarpun tuan rumah menguasai perlawanan namun pasukannya berjaya mencipta peluang dan menjaringkan gol di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat

"Banyak pihak mungkin tidak memberikan harapan untuk Perak menang di tempat lawan.

“Saya perlu berterima kasih kepada semua pemain, staf yang bertugas kerana mereka tahu betapa tertekannya kita semua selepas tewas dengan jaringan yang agak tinggi pada dua perlawanan lalu," katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.

Jelasnya, dua kekalahan lalu memberikan tekanan tinggi kepada Perak FC termasuk dirinya.

Menurutnya, mungkin ramai tidak menggemari taktikalnya pada perlawanan tersebut namun keputusan untuk merah tiga mata adalah lebih penting.

"Inilah bola sepak. Seandainya kita menggunakan peluang sebaik mungkin, ianya memihak kepada kita," ujar beliau.

Pada perlawanan tersebut, Lee Tae-Min menjaringkan dua gol penting Perak FC sebelum saingan Liga Super berehat sementara untuk memberikan ruang kepada skuad negara menghadapi tugas di peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!