Ofensif berskala besar di Rafah sudah bermula?

Penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal sanggup mengambil risiko berlindung di bangunan separa musnah akibat dibedil Israel. Foto AFP
Penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal sanggup mengambil risiko berlindung di bangunan separa musnah akibat dibedil Israel. Foto AFP
A
A
A

RAFAH - Unit kenderaan rejim Zionis dilaporkan menuju dari timur ke tengah Rafah menghampiri kem pelarian Shaboura di mana tembakan roket dan artileri terus kedengaran setelah kawasan itu menjadi medan tempur terbaharu.

Di luar Rafah, quadcopter milik tentera Israel turut berlegar-legar di ruang udara Hospital Eropah Gaza yang merupakan kemudahan perubatan terbesar yang masih beroperasi di selatan enklaf tersebut.

Kemaraan terbaharu itu seakan-akan menjadi isyarat ofensif berskala besar bakal dilancarkan ke atas Rafah selepas konvoi kenderaan rejim Zionis dilihat menghala ke daerah berpopulasi padat Yibna.

“Tentera Israel semakin mara ke barat dan terus mengawal di tiga kawasan pinggir timur Rafah. Mereka masih belum menceroboh sepenuhnya. Kami dengar letupan kuat dan kepulan asap tebal dari lokasi itu,” ujar seorang penduduk.

Kempen pengeboman terbaharu dari pelbagai arah ke seluruh wilayah terkepung itu yang dilancarkan pada Khamis telah meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa.

Selain itu, pertempuran semakin sengit di lokasi kubu kuat pejuang Hamas di Rafah.

Ketua Tindakan Kecemasan Majlis Pelarian Norway, Suze van Meegan berkata, kebanyakan penduduk Palestin masih terperangkap.

“Rafah kini 'terbahagi' kepada tiga kawasan berbeza iaitu timur menjadi zon perang, bahagian tengah pula 'bandar hantu' dan lokasi di barat yang semakin sesak dengan kebanyakan penduduk terpaksa hidup dalam keadaan serba daif,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini, operasi serbuan ganas turut diperhebatkan di wilayah Tebing Barat sejak awal minggu lalu yang dikhuatiri akan mencetuskan 'perang kedua' di wilayah Palestin. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!