Lebih 100,000 kediaman penduduk Palestin musnah dibom rejim Zionis

Kemusnahan bangunan teruk berlaku di Genting Gaza akibat kekejaman tentera Israel. Foto Agensi
Kemusnahan bangunan teruk berlaku di Genting Gaza akibat kekejaman tentera Israel. Foto Agensi
A
A
A

GENEVA - Imej satelit berdasarkan analisis Pusat Satelit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSAT) menunjukkan kira-kira 35 peratus struktur di Genting Gaza musnah teruk atau separa rosak akibat kempen pengeboman ganas rejim Zionis sejak lebih lima bulan lalu.

Penilaian itu menggunakan imej satelit beresolusi tinggi diperoleh pada 29 Februari lalu yang turut membandingkan gambar sebelum dan selepas perang genosid tersebut bermula pada 7 Oktober lalu.

“Laporan itu mendapati hampir 89,000 struktur terkesan termasuk 40,762 unit rosak sederhana. Selain itu, lebih 100,000 kediaman penduduk Palestin juga musnah akibat dibom rejim Zionis,” jelas UNOSAT dalam satu kenyataan.

Secara keseluruhan, bandar terbesar di selatan, Khan Yunis merekodkan jumlah kemusnahan tertinggi struktur baharu yang dibina semula akibat konflik sebelum ini berikutan ofensif tertumpu di kawasan tersebut sebagai persediaan untuk menggempur Rafah.

“Sebanyak 12,279 bangunan binasa akibat dibedil rejim Zionis,” menurutnya lagi. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: