Biadab! Tentera rejim Zionis bakar al-Quran

Rakaman perbuatan biadab itu turut dimuat naik di akaun Instagram. - Foto Agensi
Rakaman perbuatan biadab itu turut dimuat naik di akaun Instagram. - Foto Agensi
A
A
A

GENTING GAZA - Askar Israel bukan hanya kejam terhadap penduduk Palestin malah terlalu biadab dan tidak menghormati Islam.

Menerusi rakaman video yang menjadi tular di media sosial, perbuatan melampau itu jelas menunjukkan seorang tentera rejim Zionis mencampakkan al-Quran ke dalam unggun api di sebuah masjid yang dibedil di Genting Gaza.

Anggota itu dipercayai daripada Briged Givati setelah laporan media tempatan memetik sumber tentera yang mengesahkan kejadian itu pada Khamis setelah lelaki biadab itu dengan selamba memuat naik di akaun Instagram miliknya.

Pada Mac lalu, sebuah klip turut menunjukkan seorang askar Israel mengoyakkan salinan al-Quran di sebuah masjid di Gaza.

Rejim Zionis dilaporkan berulang kali melakukan tindakan yang mencemar kesucian Islam sejak perang genosid itu bermula pada 7 Oktober lalu.

Sehingga kini, lebih 220 masjid telah dibom dan kira-kira 280 separa musnah di seluruh wilayah Palestin dan sebahagian daripadanya mempunyai nilai sejarah yang tinggi. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: