Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$113.3 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$113.3 bilion (AS$1= RM4.71) setakat 15 Mei, 2024 berbanding AS$112.8 bilion pada 30 April, 2024.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$113.3 bilion (AS$1= RM4.71) setakat 15 Mei, 2024 berbanding AS$112.8 bilion pada 30 April, 2024.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$113.3 bilion (AS$1= RM4.71) setakat 15 Mei, 2024 berbanding AS$112.8 bilion pada 30 April, 2024.

Bank pusat itu berkata, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu ialah rizab mata wang asing, berjumlah AS$101.1 bilion, diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM634.38 bilion, merangkumi emas dan rizab pertukaran asing, termasuk SDR (RM536.58 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.96 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM51.06 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM195.66 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.59 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM141.72 bilion), deposit kerajaan persekutuan ( RM13.84 bilion), deposit lain (RM64.63 bilion), kertas Bank Negara (RM18.68 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion), dan liabiliti lain (RM3.95 bilion). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: