Gelagat bapa ‘tanpa perasaan’ sambut hari lahir undang tawa netizen

Reaksi Nizam yang 'tiada perasaan' sewaktu menyambut hari kelahiran ke-49 mengundang tawa netizen. Foto TikTok Wahida Najiha Nizam
Reaksi Nizam yang 'tiada perasaan' sewaktu menyambut hari kelahiran ke-49 mengundang tawa netizen. Foto TikTok Wahida Najiha Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Gelagat seorang bapa yang sedang meraikan hari ulang tahun kelahiran ke-49 bersama ahli keluarga di rumah mengundang tawa netizen apabila menunjukkan riak wajah ‘tanpa perasaan’ walaupun ia adalah hari istimewanya.

Posisi bapa kepada tiga cahaya mata yang sedang menikmati pisang goreng itu sangat santai sambil memerhatikan gelagat anak-anak yang sedang bergaduh untuk menghidupkan lilin hari lahirnya di atas kek.

Menurut anak perempuannya, Wahida Najiha Nizam, meskipun tiada kejutan, namun objektif untuk meraikan hari lahir bapa tercinta berjaya dilaksanakan dengan baik.

“Sebenarnya video itu diambil pada tahun lepas dan saya sengaja muat naik video itu di TikTok sekadar suka-suka, saya langsung tidak menyangka ia boleh mendapat perhatian ramai.

“Itulah reaksi ayah kalau bersama keluarga. Tetapi ayah saya bukan serius sangat. Muka sahaja nampak garang tetapi sangat penyayang.

"Sebenarnya ayah senyum juga lepas sambut hari lahirnya. Sambutan pada tahun lepas memang sengaja kami guna lilin yang besar sedikit berbanding tahun sebelumnya,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian pada Isnin.

Video berdurasi 21 saat itu menerima 55,600 tanda suka dengan 799 komentar daripada pengguna aplikasi tersebut.

Sementara itu, melihat ke ruangan komen, rata-rata pengguna berpendapat, reaksi yang ditunjukkan oleh Nizam itu sama seperti bapa mahupun suami mereka.

Artikel Berkaitan:

Bagi pengguna @Qama Zafri berkata, walaupun berlaku pergaduhan di antara anak-anak tetapi riak wajah bapa yang kekal tenang itu mengundang perasaan lucu.

“Ayah pun tiada perasaan tengok walaupun anak sibuk berkelahi nak hidupkan api dekat lilin,” katanya.

Dalam pada itu, menurut @HjLimProperty, berkemungkinan lelaki tersebut berasa risau melihat saiz lilin berkenaan yang besar kerana risau ia akan mengeluarkan letupan.

“Dia takut muka meletup tu. Mungkin dia ingat itu mercun,” tulisnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!