[VIDEO] Bekas pelajar tahfiz beri sarapan percuma

A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Bekas pelajar tahfiz yang juga pemilik kepada Badok Smoke Cafe & Kitchen memberikan sarapan percuma setiap hari Isnin hingga Khamis kepada orang ramai.

Hidangan seperti nasi, mi, mihun goreng serta nasi lemak itu boleh dinikmati bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di kafe yang terletak di Jalan Telipot di sini.

Najib Rahimi yang merupakan bekas pelajar tahfiz serta pemilik kepada Badok Smoke Cafe & Kitchen di Jalan Telipot, Kota Bharu memberikan sarapan percuma setiap hari Isnin hingga Khamis kepada orang ramai.

Najib Rahimi Abd Rahim, 27, berkata, menu sarapan tersebut berubah setiap hari dan orang ramai boleh datang menikmatinya sehingga habis.

Najib Rahimi di hadapan kafe yang diuruskan bersama dua pekerja itu dibuka pada jam 9 pagi hingga 11 malam turut menawarkan hidangan barat, Thailand serta Melayu.
Najib Rahimi di hadapan kafe yang diuruskan bersama dua pekerja itu dibuka pada jam 9 pagi hingga 11 malam turut menawarkan hidangan barat, Thailand serta Melayu.

"Idea ini tercetus semasa Syawal baru-baru ini apabila mengenangkan keadaan ekonomi terkini serta pengalaman saya semasa belajar dahulu.

"Zaman belajar di politeknik, saya beli nasi bujang serta kosong simpan untuk makan pagi dengan goreng telur serta panaskan balik sup semalamnya untuk alas perut sebelum ke kelas," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Rabu.

Najib Rahimi (tengah) melayan pelanggan yang datang menikmati sarapan pagi di kafenya.
Najib Rahimi (tengah) melayan pelanggan yang datang menikmati sarapan pagi di kafenya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, sasarannya adalah pelajar yang tinggal berhampiran kafe tersebut serta orang ramai yang memerlukan sarapan pagi.

Ujarnya, hendak memberi sumbangan lain beliau tidak mampu, jadi dengan kemahiran memasak, hidangan sarapan percuma merupakan caranya untuk meringankan beban orang ramai.

Hidangan seperti nasi, mi, bihun goreng serta nasi lemak itu boleh dinikmati bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di kafe yang terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu.
Hidangan seperti nasi, mi, bihun goreng serta nasi lemak itu boleh dinikmati bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di kafe yang terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu.

Najib Rahimi memberitahu, kafe yang diuruskan bersama dua pekerja itu dibuka pada jam 9 pagi hingga 11 malam turut menawarkan hidangan barat, Thailand serta Melayu.

"Walaupun merupakan pelajar berkelulusan kejuruteraan, namun pengalaman sejak kecil membantu ibu bapa mengusahakan kedai makan banyak mendorong saya untuk membuka sendiri kafe," ujar bapa kepada seorang anak itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!