Apa cerita 115 salah laku kewangan City?

City bakal disingkirkan daripada EPL sekiranya disabit bersalah melanggar peraturan FFP pada 2009 dan 2018. Foto Agensi
City bakal disingkirkan daripada EPL sekiranya disabit bersalah melanggar peraturan FFP pada 2009 dan 2018. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand menuntut Liga Perdana untuk mengambil tindakan segera berhubung 115 dakwaan pelanggaran Peraturan Kewangan Fair Play (FFP) oleh Manchester City.

Menurut Ferdinand, tindakan tegas perlu dikenakan ke atas City demi kepentingan permainan secara keseluruhan.

City pada Ahad lalu dinobat selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut yang juga merupakan rekod baharu dalam sejarah divisyen teratas bola sepak England.

“Pihak berkuasa perlu memastikan bahawa mereka menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

“Kita melihat Everton dan Nottingham Forest dikenakan pemotongan mata dan saya tahu ini (City) adalah situasi yang kurang kompleks,” katanya.

Kejayaan City mempertahankan mahkota EPL selepas menundukkan West Ham United 3-1 di Etihad dibayangi dakwaan pelanggaran FFP pada 2009 dan 2018.

Difahamkan, pendengaran kes tersebut ditetapkan pada September ini dengan juara treble musim lalu itu hanya akan mengetahui nasib mereka menjelang musim panas 2025.

Jika disabit bersalah, skuad kendalian Pep Guardiola itu akan disingkirkan daripada EPL.

Artikel Berkaitan:

City sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!