X

Kindly register in order to view this article
!

Operasi pembenihan awan dimulakan

Pihak kontraktor sedang memasang Hygroscopic flare pada pesawat untuk tujuan pembenihan awan di Kawasan Muda, tengahari tadi.
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia melaksanakan operasi pembenihan awan di Kawasan Muda pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Pengurus Besarnya, Datuk Fouzi Ali berkata, operasi terbabit dijangka dapat diteruskan sehingga Selasa ini namun bergantung kepada kesediaan awan dan kelembapan yang sesuai.

“Operasi ini menyasarkan kawasan tadahan empangan serta dataran Kawasan Muda. Jika berjaya, turunan hujan dijangka dapat meningkatkan paras takungan empangan dan membantu pengairan di kawasan sawah padi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Fouzi juga berharap semua peladang di Kawasan Muda dan rakyat negeri Kedah dan Perlis mendoakan operasi berkenaan berhasil.

Fouzi
Fouzi

“Walaupun cuaca mendung di kebanyakan tempat semalam, tiada hujan direkodkan di kawasan Muda,” katanya.

Menurutnya, setakat jam 8 pagi tadi kedudukan takungan paras air di tiga empangan utama menurun.

“Takungan di Empangan Pedu mencatatkan paras 45.59 peratus, Empangan Muda sebanyak 14.42 peratus manakala Empangan Ahning 61.57 peratus. Pelepasan air daripada empangan pada hari ini adalah 127.5 meter padu sesaat untuk tujuan pengairan tanaman padi dan kegunaan domestik,” katanya.