Pemarkahan 14 kementerian gagal capai sasaran dijalankan bulan depan - KSN

Shamsul Azri pada sidang media Program Pemukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUP) 2026 di EPF Learning Campus (ELC) pada Sabtu. Foto Bernama
Shamsul Azri pada sidang media Program Pemukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUP) 2026 di EPF Learning Campus (ELC) pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

BANGI - Proses pemberian markah kepada 14 kementerian yang dikenal pasti tidak berjaya mencapai sasaran dalam pelaksanaan pembangunan projek fizikal akan dijalankan pada bulan hadapan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, setiap ketua setiausaha kementerian (KSU) terlibat akan dipanggil untuk dimaklumkan mengenai markah yang diperoleh berdasarkan demerit, akibat kegagalan melaksanakan projek pembangunan.

"Penghujung bulan depan, saya akan mula beri markah kepada 14 (kementerian) yang gagal ini. Saya akan panggil setiap KSU untuk maklumkan apa markah yang dapat berdasarkan demerit atas kegagalan melaksanakan projek pembangunan berkenaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) Tahun 2026, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Pada 15 Januari lepas, Shamsul Azri berkata, sejumlah 14 kementerian dikenal pasti tidak berjaya mencapai sasaran dalam pelaksanaan pembangunan projek fizikal yang diperuntukkan pada tahun lepas.

Beliau berkata, status perbelanjaan pembangunan projek di bawah kementerian itu mencatat 87.91 peratus, iaitu berada di bawah purata nasional dan memerlukan perhatian serius. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Proses pemberian markah kepada 14 kementerian yang tidak mencapai sasaran projek fizikal akan dijalankan bulan depan
  • Setiap ketua setiausaha kementerian terlibat akan dipanggil untuk diberitahu markah demerit atas kegagalan pelaksanaan projek
  • Proses pemberitahuan markah ini diumumkan dalam sidang media selepas Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Tahun 2026
  • 14 kementerian dikenal pasti gagal mencapai sasaran pembangunan projek fizikal tahun lepas
  • Status perbelanjaan pembangunan projek di bawah kementerian terlibat adalah 87.91 peratus, di bawah purata nasional

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!