Hoka Flylab pupuk gaya hidup sihat melalui inovasi

Pengarah Pemasaran dan E-Dagang Hoka, Tim Tham (kanan) dan Pengurus Besar Hoka, May Han melancarkan Flylab di Esplanade, Taman KLCC.
Pengarah Pemasaran dan E-Dagang Hoka, Tim Tham (kanan) dan Pengurus Besar Hoka, May Han melancarkan Flylab di Esplanade, Taman KLCC.
A
A
A

JENAMA kasut dan pakaian sukan berprestasi tinggi, Hoka memperkenalkan pusat inovasi Hoka Flylab yang dibuka kepada pengunjung bermula 20 Mei sehingga 26 Mei di Esplanade, Taman KLCC, Kuala Lumpur.

Acara yang dianjurkan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) itu mengajak rakyat Malaysia memupuk gaya hidup sihat melalui inovasi teknologi canggih yang direka oleh Hoka.

Ketua pegawai eksekutifnya, Pornsak Chinawongwatana berkata, program yang julung kali dianjurkan itu juga bukan sahaja memfokuskan kepada aktiviti membabitkan kesihatan fizikal tetapi turut memupuk kesedaran kesihatan mental.

"Kami teruja membawa Flylab di Kuala Lumpur dengan menyajikan pengalaman yang tiada tandingan sejajar dengan misi Hoka.

"Menerusi pengaktifan inovatif dan pembabitan mendalam, kami berhasrat untuk menjadi inspirasi dalam komuniti sambil menggalakkan gaya hidup aktif,” katanya.

Menurutnya, kerjasama dengan ISN juga membuktikan penyatuan dalam usaha menggerakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

"Pengunjung juga akan dapat menyertai menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti acara larian bersama Kelab Larian Hoka (HRC), sesi yoga, senaman serta aktiviti bersama ISN sepanjang seminggu pusat inovasi ini dibuka," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!