KWSP distruktur kepada tiga akaun bermula 11 Mei 2024

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Semua akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga iaitu Akaun Persaraan, Sejahtera dan Fleksibel bermula 11 Mei 2024.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, baki dalam akaun satu dan dua masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Menurutnya, semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel.

"Akaun ahli KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga iaitu pertama akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan dan kedua Akaun Sejahtera menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

"Bagi Akaun Fleksibel pula, ia berfungsi sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli," jelasnya pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, fokus utama inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP adalah untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan.

"Diharapkan ia dapat mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

"Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:


INFO PENSTRUKTURAN SEMULA AKAUN KWSP

- Distruktur kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

- Berkuat kuasa 11 Mei 2024

- 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel.

- Pada 11 Mei 2024 dan 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan memindahkan sebahagian baki simpanan Akaun Sejahtera (sebelumnya Akaun 2) ke dalam Akaun Fleksibel

- Kaedah pindahan adalah mengikut dua pecahan iaitu pertama baki dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan keatas, kedua baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000

- Permohonan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau Self-Service Terminal yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

- Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50

- Permohonan pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

INFO contoh pindahan simpanan Akaun Fleksibel

Baki dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan ke atas

⦁ 10 per 30 daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel

⦁ Lima per 30 daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan; dan

⦁ 15 per 30 akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.

Baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000

⦁ Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

⦁ Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline Fokus utama inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP untuk memperkasa pencarum dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Selain itu, inisiatif itu bertujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup pencarum. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian#SinarTerkini#KWSP#Persaraan#Kewangan Positive Vibes - Soundbeaver