Liputan rangkaian 5G capai 80 peratus di Selangor - MB

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Liputan rangkaian 5G di Selangor mampu mencapai 80 peratus pada tahun ini berbanding 70 peratus pada tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, buat masa ini pihaknya giat memperkemas capaian di kawasan industri, pendidikan dan perniagaan.

“Saya tidak mahu tengok angka tetapi kualitinya dan sebab itu panggil (mahu mengadakan pertemuan dengan) Dr Fahmi Ngah (Exco Pembudayaan Inovasi) untuk melihat keberkesanan capaian 5G.

“Keutamaan kita adalah memperkemas capaian 5G dengan menumpukan kawasan industri diikuti pendidikan dan selepas itu perniagaan.

“Namun, kita yakin boleh capai 80 peratus (liputan 5G) tahun ini,” katanya yang turut memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan rasmi berhubung perkara itu daripada Telekom Malaysia.

Menteri Besar ditemui pada Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor 2024 di Dewan Jamuan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.

Terdahulu, kerajaan negeri bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memberikan tumpuan membangunkan liputan rangkaian 5G di 1,850 kawasan di Selangor tahun ini bagi merealisasikan hasrat mencapai liputan 100 peratus menjelang 2025.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut, Amirudin berharap golongan pendidik dapat menggalas amanah diberikan dengan ikhlas dan menjalankan tanggungjawab mendidik sebaiknya.

Artikel Berkaitan:

“Kita bukan hendak buat sebuah kereta, sebilah pedang atau sebentuk cincin tetapi hendak bentuk manusia. Tersalah cara, kaedah atau pendekatan mungkin akan merosakkan.

“Jika betul penyampaian ilmunya, akhlak, pemahaman dan kaedah pengurusan, Insya-ALLAH akan lahirkan manusia baik sebagaimana dikatakan dalam Islam,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!