Warga Rusia mengaku salah pandu kereta tanpa insurans, LKM tamat tempoh

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Seorang warga Rusia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa, atas dua tuduhan memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Aleksei Dorokhov, 23, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh sebagai pemandu kereta telah menggunakan kenderaan tersebut di atas jalan raya dengan LKM yang telah tamat tempoh berkuat kuasa 30 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan menggunakan kenderaan sama di atas jalan raya dengan tanpa berkuatkuasa satu polisi insurans bagi pihak ketiga.

Bagi kesalahan tersebut dia boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan sehingga tiga bulan atau kedua-duanya dan hendaklah dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Jalan Saujana Height di sini, kira-kira jam 6.57 petang, pada 14 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wan Kamaruddin Wan Mustaffa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian menetapkan denda RM50 bagi setiap pertuduhan atau sehari penjara jika gagal bayar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!