ATLAS Vending revolusi kebersihan wanita melalui mesin layan diri

(Kiri ke Kanan) Dr Lenny Suriyani binti Safri (Wakil Hospital Canselor Tunku Mukhriz UKM), Amy Gan (Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd.), Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail (Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Puan Hajah Kamsiah binti Yasin (Pengetua, Sekolah Menengah Sains Selangor), Cik Kamisah binti Abu Bakar (Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak)
(Kiri ke Kanan) Dr Lenny Suriyani binti Safri (Wakil Hospital Canselor Tunku Mukhriz UKM), Amy Gan (Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd.), Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail (Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Puan Hajah Kamsiah binti Yasin (Pengetua, Sekolah Menengah Sains Selangor), Cik Kamisah binti Abu Bakar (Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak)
A
A
A

SHAH ALAM - ATLAS Vending iaitu syarikat yang terkenal dengan penyelesaian mesin layan diri kini merevolusikan industri mesin layan diri dengan inisiatif terbaharu yang bertujuan untuk menangani kemiskinan haid.

Pengenalan mesin ini merupakan satu langkah penting dalam misi ATLAS Vending bagi mengetengahkan isu tanggungjawab sosial dan berkhidmat untuk masyarakat.

Dengan menangani kemiskinan haid melalui inovasi dan belas kasihan, ATLAS Vending bertujuan untuk membantu para wanita menguruskan kesihatan haid mereka dengan yakin dan bermaruah.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd bagi pihak ATLAS Vending, Amy Gan berkata, kemiskinan haid di Malaysia menggambarkan secara jelas isu akses terhad kepada produk kebersihan wanita yang selamat dan bersih, ditambah pula dengan kekurangan pendidikan tentang kebersihan haid dan kemudahan sanitasi asas.

"Ramai yang tidak menyedari kewujudan komuniti di mana wanita dan kanak-kanak perempuan bergelut untuk membeli produk kebersihan dan hanya mampu menggunakan kain buruk atau kertas yang menyebabkan rasa malu dan bimbang yang membawa kepada ketidakhadiran sekolah semasa tempoh haid.

“Bagi menangani keperluan mendesak ini, ATLAS Vending memperkenalkan mesin layan diri yang mengeluarkan produk kebersihan percuma bagi memastikan akses universal kepada produk kebersihan wanita.

"Melalui penggunaan teknologi dan pemahaman tanggungjawab sosial, kami ingin memudahkan akses terhadap produk kebersihan wanita, terutamanya bagi masyarakat terpinggir,"katanya.

Dengan kerjasama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Libresse® Malaysia, ATLAS Vending menggunakan teknologi dan kepakarannya untuk menangani kemiskinan haid.

Artikel Berkaitan:

Bagi memastikan rangkaian yang meluas dan efektif, sebuah lagi mesin akan dipasang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) yang dahulunya dikenali sebagai HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Cheras di Bandar Tun Razak.

Sebanyak 600 penerima dari Sekolah Menengah Sains Selangor (S.M.S.S), Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak (S.M.K.B.T.R) dan HCTM akan menerima kad yang membenarkan mereka untuk menerima satu pek kebersihan haid percuma setiap bulan melalui inisiatif ini.

Dalam ucapannya, Amy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bandar Tun Razak dan juga Libresse® Malaysia atas sokongan padu dan kerjasama mereka dalam membasmi kemiskinan haid.

"Sebagai salah satu jenama perlindungan wanita terkemuka di Malaysia, Libresse® menyediakan akses mudah dan menyokong wanita dengan produk kebersihan yang memberikan keselamatan dan perlindungan terbaik.

"Kami akan mengorak langkah penting ke arah masa depan di mana tiada sesiapa akan dihalang daripada mendapatkan produk kebersihan wanita yang selamat dan terjamin. Kami amat berterima kasih atas kerjasama ini dan berharap ia dapat memperluaskan pembekalan tuala wanita kepada para wanita Malaysia,”katanya, di sini.

Kebenaran disebalik kemiskinan haid

Untuk lebih memahami situasi kemiskinan haid dan stigma terhadapnya di Malaysia, kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki kehidupan kaum wanita Malaysia bagi memastikan tempoh haid tidak menghalang kemajuan mereka.

Kajian menunjukkan bahawa kitaran haid masih belum diterima secara sepenuhnya, ini menimbulkan keperluan untuk memupuk persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak perempuan membincangkan kesukaran yang mereka hadapi dalam tempoh haid tanpa rasa malu atau takut.

Jika tidak, terdapat risiko bahawa wanita akan rasa teragak-agak untuk mendapatkan bantuan dan sokongan yang diperlukan. Kita perlu ingat bahawa tempoh haid bukan setakat pendarahan semata-mata, ia adalah cara badan kita menyampaikan maklumat tentang sistem pembiakan kita.

Dr Wan Azizah dalam ucapannya berkata, bantuan terhadap demografi sasaran B40 merupakan matlamat utama pihaknya.

"Kami tidak boleh membiarkan saja mana-mana individu menggunakan alternatif yang tidak bersih seperti sabut kelapa sebagai tuala wanita. Kami komited untuk tidak melupakan wanita-wanita dan gadis-gadis muda ini.

“Sudah tiba masanya untuk kita mengubah persepsi terhadap haid supaya wanita muda dapat tahu cara terbaik untuk menjaga diri sendiri semasa tempoh haid. Platform media sosial seperti TikTok dan YouTube boleh menyediakan pengetahuan dan pendidikan yang mudah diakses, baik bagi perempuan atau lelaki bagi mempromosikan amalan kesihatan haid yang lebih baik,”katanya.

Beliau turut menekankan tentang masalah yang dihadapi individu yang menggunakan kertas tandas yang digulung dan tuala tangan untuk pengurusan haid.

“Wanita dan gadis muda menghadapi penindasan. Kebebasan dan peluang mereka disekat akibat daripada persepsi terhadap peranan jantina yang diharapkan daripada mereka apabila mereka akil baligh.

“Murid tidak perlu ponteng sekolah untuk mengelakkan rasa malu kerana tidak mampu membeli tuala wanita. Tak ada siapa patut perlu memilih antara memberi keluarga mereka makan atau membeli produk kebersihan untuk isteri atau anak perempuan mereka.

"Kempen seperti ini amat penting dalam dunia digital kita untuk meningkatkan kesedaran dan mendapatkan sokongan. Saya amat berterima kasih kepada ATLAS Vending dan Libresse® Malaysia atas komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong wanita dan gadis-gadis yang kurang bernasib baik. Sudah tiba masanya untuk dunia swasta dan badan-badan kerajaan mengikut jejak langkah mereka,"katanya.

Sementara itu, Pengarah Komersial Vinda Malaysia Sdn Bhd, Yapp Pau Ling, berkata, pengurusan haid secara sihat perlu diakses oleh semua wanita tanpa perlu rasa malu atau dibelenggu stigma.

“Sebagai jenama terkemuka dalam bidang kebersihan wanita, kami akan teruskan komitmen kami untuk menyokong wanita yang datang haid dan cuba memahami V-Zone mereka bagi membina persekitaran di mana wanita tidak dihalang daripada mempelajari tentang V-Zone mereka dan digalakkan untuk menjalani kehidupan ideal mereka tanpa rasa malu dan ragu diri,”katanya.

Libresse® dan inisiatif berterusannya dalam mendidik wanita mengenai V-Zone melalui kempen #KnowYourV telah memenangi perhatian pengguna, dan membolehkan mereka membuat keputusan serta memberikan rasa selamat dan terlindung semasa tempoh haid dengan pad berkualiti mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang ATLAS Vending dan kempen ini, sila layari https://www.facebook.com/atlasasia.co/ atau https://www.atlasasia.co/

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!