X

Kindly register in order to view this article
!

Abang, kakak JPJ menyamar penumpang di musim perayaan

Muhammad Firdaus (kanan) memeriksa tayar sebuah bas ekspres ketika operasi itu di Terminal Bas Melaka Sentral di sini, hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Seramai 56 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka ditugaskan menyamar sebagai penumpang bas ekspres bagi mengesan kesalahan pemandu bas sepanjang Ops Tahun Baru Cina bermula semalam hingga 2 Februari depan.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, penyamaran akan membabitkan beberapa destinasi ke utara, selatan, timur dan barat

Menurutnya, anggota berkenaan akan merekodkan kesalahan pemandu selain melakukan pemeriksaan ke atas syarikat bas ekspres yang mempunyai saman tertunggak bagi memastikan mereka mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

Muhammad Firdaus ketika melihat kuanter Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka yang turut menyertai operasi itu.
Muhammad Firdaus ketika melihat kuanter Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka yang turut menyertai operasi itu.

"Kita juga akan memeriksa aspek teknikal seperti brek, tayar, lampu, lampu isyarat, pembalik cahaya dan perakuan slip pemeriksaan," katanya ketika melakukan pemeriksaan sempena Ops Tahun Baru Cina 2020 di Terminal Bas Melaka Sentral di sini hari ini.

Muhammad Firdaus berkata, JPJ juga akan mengenakan tindakan tegas terhadap kenderaan barangan yang tidak mematuhi perintah larangan pemanduan sepanjang tempoh larangan iaitu pada 23 dan 24 Januari dan selepas perayaan, 27 dan 28 Januari ini," katanya.

Katanya, ketika pemeriksaan tengah hari tadi, pihaknya mengeluarkan satu saman terhadap sebuah syarikat bas ekspres kerana tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan lebih empat jam atau 300 kilometer secara terus.

Kompaun sebanyak RM300 dikenakan di bawah kesalahan kaedah 10b(2) kaedah-kaedah lalulintas jalan 1959.

Selain itu katanya, 18 bas diperiksa dan empat daripadanya dikenakan slip pemeriksaan tayar.