Lelaki Peru bawa 95 ketulan kokain dalam perut

Hussein menunjukkan ketulan kapsul berisi kokain yang berjaya dikeluarkan daripada perut suspek selepas ditahan di KLIA, 17 Mei lalu.
Hussein menunjukkan ketulan kapsul berisi kokain yang berjaya dikeluarkan daripada perut suspek selepas ditahan di KLIA, 17 Mei lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Penahanan seorang lelaki warga Peru di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang membongkar cubaannya menyeludup dadah dengan cara menelan ketulan kokain, 17 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki itu ditahan kira-kira jam 8.30 pagi oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA selepas menerima maklumat daripada Polis Antarabangsa (Interpol).

Menurutnya, suspek berusia 20 tahun itu kemudian dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk menjalani imbasan x-ray dan disahkan oleh pegawai perubatan terdapat imej mencurigakan di dalam perutnya.

"Hasil pemantauan selama tiga hari di hospital, dengan menggunakan kaedah perubatan, suspek telah mengeluarkan 95 ketulan kapsul disyaki berisi dadah jenis kokain seberat kira-kira 1.1 kilogram (kg).

Ketulan kapsul berisi dadah kokain yang dikeluarkan dari perut suspek.
Ketulan kapsul berisi dadah kokain yang dikeluarkan dari perut suspek.

"Siasatan masih dijalankan sama ada dadah bernilai RM230,400 itu untuk pasaran dalam negara atau luar negara," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal disyaki suspek direkrut oleh sindiket sebagai keldai dadah.

Tambah Hussein, suspek menaiki penerbangan dari Peru dan transit ke Dubai sebelum tiba ke dalam negara.

Artikel Berkaitan:

Ketulan kapsul berisi dadah kokain yang dirampas polis susulan penahanan lelaki Peru di KLIA, 17 Mei lalu.
Ketulan kapsul berisi dadah kokain yang dirampas polis susulan penahanan lelaki Peru di KLIA, 17 Mei lalu.

"Difahamkan, suspek akan menunggu arahan daripada kartel dadah sama ada menyerahkan dadah kepada individu atau perlu transit ke negara lain," ujarnya.

Tegasnya, suspek yang bekerja sebagai mekanik dan masih bujang itu telah direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!