Semak status madrasah di kawasan rumah suspek serang balai - Exco Johor

MOHD FARED
MOHD FARED
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Status madrasah dipercayai berada di kawasan rumah keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, akan disemak sebelum sebarang tindakan diambil.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan diminta memberikan laporan berhubung perkara itu.

"Saya harus berhati-hati bila bercakap (isu ini). Beri saya peluang buat semakan terutama kepada status madrasah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, di sini, pada Ahad.

Sebelum itu, Mohd Fared ditanya nengenai status Madrasah Luqmanul Hakim, susulan tinjauan di lokasi berkenaan selepas serangan pada Jumaat, mendapati bangunan itu masih wujud.

Terdapat papan tanda yang memaparkan kawasan itu tanah persendirian dan orang awam dilarang memasukinya.

Madrasah itu didakwa pernah menjadi 'medan usrah' ahli kumpulan pengganas sekitar 1996 dan 1997.

Dalam pada itu, Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah memberitahu berdasarkan rekod terdapat empat madrasah di Ulu Tiram.

"Mengikut rekod, hanya dua madrasah berdaftar manakala dua lagi madrasah dikesan masih belum memperbaharui pendaftaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!