Naim Daniel tidak bercadang tarik balik laporan polis

Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Naim Daniel tidak bercadang untuk menarik balik laporan polis dibuat selepas suspek yang menghantar komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya di media sosial ditahan.

Memetik laporan portal Gempak, pelantun lagu Sumpah itu mahu menyerahkan segala urusan kepada pihak berkuasa susulan individu berkenaan telah ditahan baru-baru ini.

“Saya biar pihak polis sahaja yang selesaikan.

“Setakat ini tiada cadangan untuk menarik semula laporan,” katanya ringkas pada Ahad.

Sebelum ini, selebriti berusia 26 tahun tersebut membuat laporan di balai bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang pada 14 Mei lepas susulan menerima hantaran berbaur ugutan bunuh di Instagram bertulis ‘ini kalau jumpa mak pak hang (kau), aku sembelih hidup-hidup'.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim memaklumkan, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun di Kemunting, Perak dan turut merampas telefon bimbit miliknya serta direman selama empat hari bermula Sabtu untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya lagi, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan keputusan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!