Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan

Laporan Sinar Harian pada 15 Mei lalu.
Laporan Sinar Harian pada 15 Mei lalu.
A
A
A

NILAI - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh selebriti berusia 26 tahun itu pada 15 Mei lepas pada jam 12.42 pagi di Balai Polis Lenggeng.

"Pengadu menyatakan pada hari sama ketika berada di rumah telah menerima satu ugutan jenayah dari individu yang tidak dikenali di laman sosial.

"Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya, " katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dan dia kini direman selama empat hari bermula Sabtu untuk siasatan kes.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam masa terdekat," katanya.

Naim Daniel sebelum ini turut membuat laporan polis di balai bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang pada 14 Mei lalu susulan ugutan bunuh di laman sosial terhadap ibu bapanya di media sosial.

Ia mengenai satu hantaran di aplikasi Instagram yang dibuat seorang pemilik akaun yang menulis 'ini kalau jumpa mak pak hang (kau), aku sembelih hidup-hidup'.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: