Tiga maut tertimbus, syarikat pembinaan didenda RM45,000

Dalam kejadian 2 November lalu, tiga pekerja warga Bangladesh ditemukan maut tertimbus di tapak pembinaan jalan baharu di Kampung Maka, Labok dekat Pulai Chondong, di sini.
Dalam kejadian 2 November lalu, tiga pekerja warga Bangladesh ditemukan maut tertimbus di tapak pembinaan jalan baharu di Kampung Maka, Labok dekat Pulai Chondong, di sini.
A
A
A

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM45,000 kepada sebuah syarikat yang gagal mengambil langkah keselamatan sehingga mengakibatkan tiga pekerjanya maut ketika sedang melakukan kerja-kerja pengorekan tanah.

Hakim Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar pengakuan bersalah wakil syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, jika gagal membayar denda, majikan akan dikenakan 12 bulan penjara.

Syarikat berkenaan didapati gagal memastikan korekan tanah yang dibuat bagi pemasangan RC Culvert mengikut prosedur kerja selamat sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Syarikat berkenaan didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan, Haizul Afta Masri manakala syarikat berkenaan diwakili oleh pengurusnya.

Sementara itu, Pengarah JKKP negeri Kelantan, Ir Abdul Aziz Salim mengingatkan majikan bahawa bermula pada 1 Jun 2024, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Pindaan 2022 akan dikuatkuasakan.

Menurut beliau, akta berkenaan memperuntukkan denda sehingga RM500,000 kepada majikan jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

"Kes ini diharap dapat memberi pengajaran kepada semua majikan dan pekerja supaya pematuhan kepada undang-undang sentiasa diambil berat demi keselamatan pekerja dan kepentingan awam," katanya.

Dalam kejadian 2 November lalu, tiga pekerja warga Bangladesh ditemukan maut tertimbus di tapak pembinaan jalan baharu di Kampung Maka, Labok dekat Pulai Chondong, di sini.

JKKP kemudian mengarahkan kerja -kerja pengorekan di tapak projek pembinaan diberhentikan serta-merta melalui notis pemberhentian untuk siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.