17,000 warga emas meninggal dunia sendirian di rumah pada Jan-Mac

Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu dari Januari hingga Mac. Gambar hiasan
Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu dari Januari hingga Mac. Gambar hiasan
A
A
A

TOKYO - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu dari Januari hingga Mac, menurut laporan Xinhua.

Tinjauan itu meliputi 60,466 mayat yang diurus oleh polis Jepun selama tiga bulan pertama 2024.

Daripada jumlah itu, 21,716 adalah orang yang tinggal bersendirian, termasuk kes bunuh diri. Hampir 80 peratus daripada kematian 'kesepian' atau 17,034 orang, adalah mereka yang berumur 65 tahun ke atas, termasuk 2,080 orang berumur antara 65 dan 69; 3,204 antara 70 dan 74; 3,480 antara 75 dan 79; 3,348 antara 80 dan 84 dan 4,922 berumur 85 tahun ke atas.

Kematian kesepian didefinisikan sebagai kematian seseorang tanpa disaksikan oleh orang lain, dengan jangka waktu tertentu berlalu sebelum mayat itu ditemukan, menurut perbincangan interim pada 2023 oleh sebuah kumpulan kerja Pejabat Kabinet yang ditugaskan untuk meneliti isu berkenaan.

NPA dijangka akan terus mengumpul data sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menangani isu masyarakat yang semakin menua.

Jumlah keseluruhan kematian di rumah dalam kalangan warga emas yang tinggal bersendirian pada 2024 dianggarkan mencecah 68,000 orang, menurut tinjauan itu. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: