Tepukan solidariti untuk Faisal bergema di Stadium MBPJ

Penyokong Selangor turut menaikkan tifo Faisal Halim di Stadium MBPJ pada Sabtu.
Penyokong Selangor turut menaikkan tifo Faisal Halim di Stadium MBPJ pada Sabtu.
A
A
A

PENYOKONG Selangor FC dan penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bersatu hati menunjukkan tanda solidariti kepada Faisal Halim ketika aksi Liga Super melibatkan kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu.

Penyokong kedua-dua pasukan berdiri pada minit ketujuh dan memberi tepukan tanda solidariti kepada Faisal yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.

Minit ketujuh dalam perlawanan itu dipilih sebagai simbolik kepada nombor jersi Faisal atau dikenali sebagai Mickey bersama pasukan Gergasi Merah dan pasukan kebangsaan.

Terdapat juga penyokong KDA FC dan Selangor FC yang memakai baju merah tertulis 'stand for Faisal Halim, stop the violence' selain tifo Faisal turut dinaikkan.

Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali dan terpaksa menjalani tiga pembedahan untuk merawat luka kelecuran itu.

Beliau bagaimanapun sudah menunjukkan petanda positif untuk pulih selain sudah dipindahkan ke wad biasa daripada unit rawatan rapi (ICU).

Faisal akan menjalani pembedahan keempat iaitu 'split skin graft' (SSG) yang mungkin akan menjadi pembedahan terakhirnya pada minggu depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: