'Doakan pembedahan keempat Faisal Halim adalah yang terakhir '

Faisal Halim
Faisal Halim
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon memohon orang ramai mendoakan pembedahan keempat yang akan dilalui Faisal Halim adalah yang terakhir.

Menurutnya, jika pembedahan yang dijangka dijalankan dalam masa terdekat itu berjalan lancar, mungkin dalam tempoh dua, tiga minggu ini Faisal akan dibenarkan pulang.

"Perkara ini hanya boleh dimuktamadkan selepas pembedahan terakhir kerana jika ia tidak berjaya, Faisal Halim perlu menjalani satu atau dua lagi pembedahan," katanya pada Sabtu.

Beliau ditemui Sinar Harian ketika menghadiri program 'Alkauthar Eduqids (AKE) Fun Run Olympic Carnival 2024' sebagai rakan strategik program tersebut di 99 Wonderland Park Selayang di sini.

Pada Khamis lalu, bintang Harimau Malaya itu dilaporkan terus menunjukkan perkembangan positif apabila dijangka dibenarkan keluar hospital dalam masa dua minggu lagi.

Johan (dua daari kanan) ditemui ketika menghadiri program 'Alkauthar Eduqids (AKE) Fun Run Olympic Carnival 2024' di 99 Wonderland Park pada Sabtu.
Johan (dua daari kanan) ditemui ketika menghadiri program 'Alkauthar Eduqids (AKE) Fun Run Olympic Carnival 2024' di 99 Wonderland Park pada Sabtu.

Walau bagaimanapun, ketika ini pemain berusia 26 tahun itu masih dipantau pakar dan keputusan mengenainya akan dibuat bergantung kepada keadaan selepas Faisal menjalani pembedahan keempat minggu depan.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar dilaporkan berkata, setakat ini masih belum ada ketetapan dibuat dan pihak kelab menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan pasukan perubatan yang merawatnya.

Artikel Berkaitan:

Faisal sudah selesai menjalani tiga pembedahan termasuk menggunakan kaedah ‘skin allograft’ bernilai RM30,000 untuk mempercepatkan proses rawatan.

Sebelum ini, Shahril mendedahkan barisan doktor yang merawat Faisal gembira dengan perkembangan tersebut dan menyifatkan pemain itu istimewa kerana mempunyai semangat tinggi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!