Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang

Sebuah jengkaut digunakan dalam usaha membawa keluar gajah yang terperangkap dalam longkang di Gerik. Foto ihsan Perhilitan Perak
Sebuah jengkaut digunakan dalam usaha membawa keluar gajah yang terperangkap dalam longkang di Gerik. Foto ihsan Perhilitan Perak
A
A
A

GERIK - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, kejadian itu disedari selepas menerima makluman berkaitan haiwan liar yang terperangkap dalam longkang sedalam lebih 1.5 meter itu pada jam 8 pagi.

"Seramai tujuh kakitangan digerakkan ke lokasi kejadian. Pelbagai usaha digerakkan termasuk menggunakan jengkaut bagi memecahkan longkang berkenaan.

"Kerja-kerja menyelamat yang berlangsung selama lima jam turut dibantu Jabatan Kerja Raya (JKR), polis dan sebuah syarikat konsesi," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, gajah berusia sembilan tahun itu disahkan dalam keadaan sihat sebelum dihalau semula ke hutan simpan berhampiran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: