Terjemahkan kemampuan sebenar dalam gelanggang

Barisan pemain takraw yang menggalas cabaran Malaysia pada saingan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024. (Gambar kecil: Ahmad Jais)
Barisan pemain takraw yang menggalas cabaran Malaysia pada saingan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024. (Gambar kecil: Ahmad Jais)
A
A
A

SKUAD negara diingatkan untuk menterjemahkan kemampuan sebenar apabila saingan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 membuka tirai di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Malah tegas pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, ini penting dalam memastikan segala yang dipraktikkan semasa latihan dapat diimplementasikan dalam perlawanan.

“Saya mahu setiap pemain berikan sepenuh tumpuan terhadap tugasan masing-masing dalam memantapkan cabaran pasukan negara.

“Paling penting, mereka tidak cepat berpuas hati sebaliknya terus memperbaiki dan meningkatkan kualiti permainan masing-masing dari satu perlawanan ke satu perlawanan lain.

“Ini kerana dari sudut latihan, momentum dalam kalangan pemain-pemain amat membanggakan dan elemen ini perlu dijelmakan dengan keputusan positif dalam perlawanan," katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Sementara itu, Ahmad Jais yang juga bekas tekong negara mengakui lega apabila pemain-pemain negara bebas sebarang kecederaan pada ketika ini.

“Alhamdulillah, perkembangan terkini pasukan negara ketika ini semua pemain bebas kecederaan yang serius.

“Secara keseluruhan persiapan terakhir pemain-pemain negara berada pada tahap terbaik serta konsisten menjelang perlawanan.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, kita mengikuti setiap program yang disusun PSM (Persatuan Sepaktakraw Malaysia), MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara) bagi memantapkan lagi persiapan pasukan negara dari segi mental dan fizikal, Insya-ALLAH,” katanya.

PIALA DUNIA SEPAK TAKRAW KUALA LUMPUR 2024

Jadual Perlawanan

SABTU (18 MEI)

Regu Event Premium

Kumpulan B

Malaysia lwn China, 9.30 malam

AHAD (19 MEI)

Double Event

Kumpulan A

Malaysia lwn Jepun, 6.30 petang

Regu Event

Kumpulan B

Malaysia lwn Brunei, 8 malam

ISNIN (20 MEI)

Double Event

Kumpulan A

Malaysia lwn Brunei, 9.30 malam

KHAMIS 923 MEI)

Team Event

Kumpulan C

Malaysia lwn Brunei, 3 petang

JUMAAT (24 MEI)

Team Event

Kumpulan C

Malaysia lwn Jepun, 8 malam

*Semua perlawanan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!