Malaysia sudah sedia melibas di Piala Dunia 2024

Pemain-pemain takraw negara yang mengalas cabaran negara di Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. (Gambar kecil: Abu Jimi)
Pemain-pemain takraw negara yang mengalas cabaran negara di Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. (Gambar kecil: Abu Jimi)
A
A
A

KEMENANGAN pertama penting apabila skuad negara membuka gelanggang peringkat kumpulan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Malah pengurus skuad sepak takraw negara, Datuk Abu Jimi Samat menyifatkan sewajar kemenangan boleh diraih untuk menjadi bukti keberhasilan persediaan rapi yang dilakukan pemain-pemain sebelum ini.

“Sejujurnya kemenangan perlawanan pertama amat penting secara tidak langsung keyakinan dalam diri pemain akan lebih tinggi selepas menjalani sesi latihan rapi PSM (Persatuan Sepaktakraw Malaysia) dengan sokongan MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara).

“Biarpun begitu harus diingat bahawa kemenangan yang dilakar bukan sekadar kemenangan sahaja sebaliknya perlu diterjemahkan dengan kemenangan hasil permainan berkualiti dalam gelanggang.

“Ya, China mungkin pasukan baharu dalam arena takraw, tetapi itu tidak bermakna regu kita boleh mengambil mudah cabaran China yang sejujurnya tidak mengetahui kekuatan sebenar mereka,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Skuad negara akan menyingkap kempen Kumpulan B Regu Event Premium Kuala Lumpur 2024 berdepan China kemudian diikuti Brunei pada Ahad.

Ketika ditanya persediaan pemain-pemain negara untuk berdepan China, Abu Jimi berkata, “Alhamdulillah, setiap pemain telah bersedia mental dan fizikal serta bebas kecederaan untuk mengharungi temasya kali ini.

“Malah saya boleh katakan mereka sudah bersedia untuk melibas lawan mereka di depan penyokong-penyokong dalam memastikan kejayaan milik pasukan negara, insya-ALLAH.”

Artikel Berkaitan:

PIALA DUNIA SEPAK TAKRAW KUALA LUMPUR 2024

Jadual Perlawanan

SABTU (18 MEI)

Regu Event Premium

Kumpulan B

Malaysia lwn China, 9.30 malam

AHAD (19 MEI)

Double Event

Kumpulan A

Malaysia lwn Jepun, 6.30 petang

Regu Event

Kumpulan B

Malaysia lwn Brunei, 8 malam

ISNIN (20 MEI)

Double Event

Kumpulan A

Malaysia lwn Brunei, 9.30 malam

KHAMIS 923 MEI)

Team Event

Kumpulan C

Malaysia lwn Brunei, 3 petang

JUMAAT (24 MEI)

Team Event

Kumpulan C

Malaysia lwn Jepun, 8 malam

*Semua perlawanan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!