Tim Media berjersi baharu sempena Piala Dunia 2024

Abdul Halim (lima dari kanan) bersalaman dengan Abdul Hafiz selepas menyampaikan sumbangan penajaan kelengkapan sepak takraw kepada Tim Media sempena Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Abdul Halim (lima dari kanan) bersalaman dengan Abdul Hafiz selepas menyampaikan sumbangan penajaan kelengkapan sepak takraw kepada Tim Media sempena Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

TIM Media bakal berwajah baharu dan pasti lebih bersemangat dalam menjalani aktivitinya dengan kelengkapan baharu pasukan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Abdul Halim Kader.

Menariknya ialah sumbangan berupa jersi, seluar, bola dan jaring sepak takraw tersebut disampaikan bersempena Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang membuka tirai di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pengurus Tim Media, Abdul Hafiz Ahmad menerimanya dalam satu majlis ringkas sambil disertai jurulatih jemputan, Sha’ari Hashim yang juga legenda perejam skuad juara Piala Raja Thailand 1988, Sukan Asia Beijing 1990 dan Sukan SEA Manila 1991 serta Singapura 1993.

TIM Media memperagakan jersi baharu penajaan yang disampaikan sempena Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
TIM Media memperagakan jersi baharu penajaan yang disampaikan sempena Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.

“Istaf menyampaikan kelengkapan tajaan AHK International dan Marathon ini sebagai penghargaan dan rasa berbesar hati kepada komitmen Tim Media dalam mempromosikan sukan sepak takraw menerusi laporan berita dan rencana mahupun perlawanan di gelanggang.

“Istaf turut yakin sumbangan ini bakal menjadi suntikan perangsang dalam merealisasikan wawasan Tim Media untuk melangsungkan Kejohanan Sepak Takraw Antara Media Malaysia-Thailand-Singapura pada tahun ini,” katanya yang juga Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

Turut hadir ialah enam pemain Tim Media yang ‘direunion 11 Syawal lalu’, Khairul Faizee Mahmod, Khairul Idlan Abd. Razak, Nazizul Najhan Saarani, Noormanshah A. Rahman, Mohd. Azrol Abdul Majid dan Mohd. Shuib Ab. Latip selain Timbalan Presiden Istaf, Fariq Halim dan Gum Yeon Goo.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: