Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM2.3 juta

JKDM Kelantan merampas 2.62 juta batang rokok seludup membabitkan pelbagai jenama dalam dua serbuan berasingan pada Rabu.
JKDM Kelantan merampas 2.62 juta batang rokok seludup membabitkan pelbagai jenama dalam dua serbuan berasingan pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 2.62 juta batang rokok seludup membabitkan pelbagai jenama dalam dua serbuan berasingan pada Rabu.

Rampasan itu melibatkan nilai berjumlah RM2.3 juta termasuk cukai.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, rampasan berkenaan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasaan Kota Bharu dan Rantau Panjang di Kampung Pasir Pekan Hilir dan Kampung Pasir Pekan di Tumpat.

"Serbuan pertama dilakukan di tepi tebing sungai di Kampung Pasir Pekan jam 8.10 malam membawa kepada rampasan 93 kotak mengandungi 1.72 juta batang rokok yang disimpan dalam sebuah lori.

“Manakala serbuan kedua dilakukan jam 9.30 malam iaitu tiga kilometer dari lokasi pertama membawa kepada rampasan 90 kotak rokok seludup membabitkan 900,000 batang rokok," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Ahad.

Wan Jamal Abdul Salam (kiri) menunjukkan barangan yang dirampas semasa sidang akhbar pada Ahad.
Wan Jamal Abdul Salam (kiri) menunjukkan barangan yang dirampas semasa sidang akhbar pada Ahad.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati modus operandi yang dilakukan sindiket berkenaan adalah membawa masuk barangan berkenaan melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Ujarnya, sindiket akan menggunakan khidmat penyeludup dengan membawa masuk rokok pelbagai jenis melalui Sungai Golok secara berperingkat.

Artikel Berkaitan:

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, rokok seludup berkenaan akan dikumpul dan disembunyikan di suatu tempat bagi memastikan pergerakan mereka selamat sebelum diedar dalam pasaran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan pihaknya meminta bantuan orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah pengedaran rokok seludup," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!