Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata ,anggaran keseluruhan cukai bagi rampasan berkenaan ialah RM91,168.

Beliau berkata, dalam operasi itu, kastam mendapati daging itu diseludup melalui satu pangkalan haram di Pengkalan Kubor, Tumpat.

"Dalam kejadian itu pasukan kastam menahan dua buah lori pada 5.40 pagi di Kampung Teluk dekat Cabang Empat Tumpat dan dua lelaki tempatan iaitu pemandu lori berkenaan turut ditahan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik barang dagangan yang telah dirampas itu yang disyaki akan dibawa ke negeri pantai barat.

Wan Jamal berkata, daging babi sejuk beku diklasifikasikan sebagai barang larangan import yang tertakluk di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga/Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(I) (iii) Akta Kastam 1967. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: