TFC terima tajaan keseluruhan RM8.3 juta

Hishamuddin (tengah) merakam ganbar bersama barisan penaja sempena majlis ramah mesra dan minum petang rakan penaja TFC, di Kuala Terengganu pada petang Khamis. FOTO: Facebook Hishamuddin Abdul Karim
Hishamuddin (tengah) merakam ganbar bersama barisan penaja sempena majlis ramah mesra dan minum petang rakan penaja TFC, di Kuala Terengganu pada petang Khamis. FOTO: Facebook Hishamuddin Abdul Karim
A
A
A

TERENGGANU FC menerima keseluruhan tajaan lebih RM8 juta bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pasukan itu berjaya menarik penajaan daripada 22 penaja dengan jumlah keseluruhan RM8.332 juta.

Menurutnya, jumlah itu terdiri daripada RM6.310 juta bagi tajaan wang tunai dan RM2.022 juta bagi tajaan perkhidmatan.

Hishamuddin ketika berucap sempena majlis ramah mesra dan minum petang rakan penaja TFC, di Kuala Terengganu pada petang Khamis. FOTO: Facebook Hishamuddin Abd Karim
Hishamuddin ketika berucap sempena majlis ramah mesra dan minum petang rakan penaja TFC, di Kuala Terengganu pada petang Khamis. FOTO: Facebook Hishamuddin Abd Karim

"Saya mengalu-alukan kesudian pihak penaja TFC yang turut bersama-sama dalam rangka kerjasama strategik bagi membawa manfaat dua hala.

"Kerjasama daripada para penaja di dalam mengharungi musim Liga Malaysia amat dihargai sekaligus membantu TFC dalam mengharungi musim 2024/2025 dengan baik serta memberi manfaat kepada semua penaja di dalam setiap urusan sama ada perniagaan mahupun jenama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis ramah mesra dan minum petang rakan penaja TFC pada petang Khamis.

Mengimbau pencapaian pada musim lalu, katanya, prestasi TFC sememangnya membanggakan apabila berjaya menjuarai Piala MFL, naib juara Piala Malaysia, berjaya ke separuh akhir Piala FA dan mempunyai rekod tanpa kalah dalam saingan Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) 2023.

Artikel Berkaitan:

"Musim 2024/2025 semakin mencabar namun saya percaya TFC telah membuat persiapan rapi untuk menghadapinya," ujarnya.

Baru-baru ini TFC telah memulakan langkah kanan dalam saingan Liga Super dengan mengutip 3 mata penuh selepas menundukkan Perak FC, 3-1.

Kejayaan itu membuktikan skuad Penyu bersungguh-sungguh dalam menempa kejayaan termasuk menarik penajaan daripada syarikat korporat serta badan berkanun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!