X

Kindly register in order to view this article
!

Media perlu bersama perluas kempen

Laporan muka depan berkaitan kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia & Global Harmony yang digerakkan Sinar Harian.
A
A

SHAH ALAM - Pemain media perlu bersama-sama memperluaskan kempen Uninstall Kebencian: Reboot #MalaysiaHarmoni bagi bersama-sama mengembalikan semula keutuhan perpaduan kaum di negara ini.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George berkata, kempen yang diusahakan oleh Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub itu merupakan satu usaha yang baik dalam menangani situasi kerapuhan perpaduan kaum yang semakin memuncak pada masa kini.

Beliau berkata, media perlu memainkan peranan tersendiri dalam memupuk semula keharmonian kaum dan menutup segala ruang buat mana-mana pihak yang cuba untuk meruntuhkan perpaduan rakyat di negara ini.

"Kempen yang dibawa ini amat baik dan disebabkan itu saya sarankan agar semua media dapat bersama-sama dalam membawa mesej keharmonian ini buat rakyat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut, Jacob berkata, situasi keharmonian kaum dalam negara pada masa kini berada pada tahap membimbangkan dan memerlukan perhatian serius daripada kerajaan.

"Masalah perpaduan ini tidak melibatkan semua masyarakat, hanya minoriti sahaja yang cuba memainkan sentimen ini dan mewujudkan provokasi agar berlaku pecah belah.

"Disebabkan itu, kerajaan perlu mengambil perhatian serius dan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba untuk meniup api perkauman," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Surat buat Pencinta Negara

Hentikan komen cetus ketegangan agama

Teguran Hussamuddin bawa mesej besar


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus