Bangkok bakal senasib Jakarta

Sebahagian besar kawasan ibu kota tersebut sering ditenggelami banjir ketika musim hujan. Foto Agensi
Sebahagian besar kawasan ibu kota tersebut sering ditenggelami banjir ketika musim hujan. Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Thailand berdepan masalah yang sama seperti Indonesia apabila ia mempertimbangkan untuk memindahkan ibu kota Bangkok susulan kenaikan paras air laut.

Hal tersebut dimaklumkan pegawai kanan di pejabat perubahan iklim pada Rabu setelah terdapat kajian yang meramalkan tentang kawasan berdataran rendah di Bangkok berisiko tenggelam menjelang akhir abad ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Pavich Kesavawong memberi amaran bandar itu mungkin tidak lagi dapat menyesuaikan dengan keadaan semasa.

“Saya rasa kita sudah melepasi suhu praindustri 1.5 darjah Celsius, impak daripada peningkatan suhu ekstrem akibat daripada fenomena pemanasan global,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan untuk memisahkan ibu kota, kawasan kerajaan dan pusat perniagaan.

“Bangkok kekal sebagai ibu kota, namun kita boleh pindahkan pusat perniagaan,” katanya.

Pada masa ini, sebahagian besar kawasan ibu kota tersebut sering ditenggelami banjir ketika musim hujan.

Perubahan iklim memberi kesan besar kepada pelbagai sektor di negara itu termasuk pertanian dan pelancongan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Indonesia bakal merasmikan ibu kota baharu, Nusantara dijangka pada tahun ini untuk menggantikan Jakarta sebagai pusat politik yang berisiko tenggelam.

Projek mega itu yang turut mencetuskan kontroversi dianggarkan menelan kos besar berjumlah AS$32 bilion (RM150 bilion) - AS$35 bilion (RM164 bilion). - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!