Agensi maritim terima laporan penutupan Selat Hormuz

Peta menunjukkan Selat Hormuz dan Iran, dilihat dalam ilustrasi yang diambil pada 22 Jun 2025. Foto Reuters
Peta menunjukkan Selat Hormuz dan Iran, dilihat dalam ilustrasi yang diambil pada 22 Jun 2025. Foto Reuters
A
A
A

KAHERAH - Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Sabtu memaklumkan bahawa ia menerima beberapa laporan daripada kapal yang beroperasi di Teluk yang menyatakan mereka menerima mesej mengenai penutupan Selat Hormuz.

Tiada pengesahan segera daripada Iran setakat ini.

Selat itu merupakan laluan eksport minyak paling penting di dunia dan menghubungkan pengeluar utama minyak di rantau Teluk seperti Arab Saudi, Iran, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu dengan Teluk Oman serta Laut Arab. - Reuters/Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom menerima laporan tentang potensi penutupan Selat Hormuz
  • Tiada pengesahan daripada Iran mengenai laporan tersebut
  • Selat Hormuz adalah laluan eksport minyak paling penting di dunia
  • Selat ini menghubungkan pengeluar utama minyak di rantau Teluk dengan Teluk Oman serta Laut Arab
  • Laporan diterima daripada kapal yang beroperasi di Teluk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!