Hukum mandatori individu hina raja-raja Melayu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Wiranita Perkasa menuntut hukuman mandatori dikenakan kepada mana-mana individu yang menghina raja-raja Melayu.

Ketuanya, Fauziah Nawawi berkata pihak berkuasa perlu bertegas supaya individu tersebut tidak terus bersikap biadab.

“Wiranita Perkasa menyokong agar pesalah yang terlibat dalam kes seumpama ini dihukum dengan hukuman mandatori.

“Jika kita tidak bertegas, selagi itulah mereka yang kurang ajar akan terus biadab dan bermaharajalela,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Perkasa telah meluluskan usul menggesa kerajaan dalam Persidangan Agung Perkasa 2018 supaya diwujudkan Akta Anti Islam dan Anti Raja Raja Melayu (Amira).

“Akta ini mencadangkan hukuman mandatori penjara dan rotan seperti mana yang diamalkan di negara Thailand,” katanya.

Pihaknya turut menyokong agar individu terbabit didakwa dengan kadar segera supaya kes tersebut menjadi pengajaran .

“Supaya mereka tidak menghina institusi raja-raja Melayu ataupun raja-raja Melayu.

Artikel Berkaitan:

“Kami juga mendesak agar semua pihak menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap raja-raja Melayu,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Doktor hina bekas Agong letak jawatan serta merta ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Hina bekas Agong: Syarikat ambil tindakan ke atas Eric ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: TNB gantung kerja kakitangan hina Agong ]