Hina bekas Agong: Syarikat ambil tindakan ke atas Eric

Paparan skrin kenyataan syarikat berkenaan di laman sosial Facebook.
Paparan skrin kenyataan syarikat berkenaan di laman sosial Facebook.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat di mana Eric Liew bekerja berjanji akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pekerjanya itu ekoran tindakan menghina Sultan Muhammad V.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh syarikat Cisco Asean susulan 'serangan' warganet yang meminta syarikat berkenaan mengambil tindakan terhadap Liew selepas dia mengeluarkan kenyataan menghina bekas Yang di-Pertuan Agong.

"Pihak kami akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung isu ini," jelas kenyataan admin Cisco Asia di Facebook rasmi mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tangkap individu hina Sultan Muhammad V]

Dalam pada itu kenyataan itu juga menyebut bahawa perkara itu telah pun dilanjutkan ke bahagian Cisco Malaysia.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz melalui kenyataan media Istana Negara mengumumkan Sultan Muhammad meletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 .

Terdahulu, menerusi tinjauan Sinar Harian di laman sosial, Liew telah menutup akaun Facebooknya.

Dia sebelum itu turut memohon maaf susulan keterlanjuran kata-katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu netizen berharap tindakan segera diambil pihak polis supaya tidak menjadi barah.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan ia sebagai satu penghinaan terhadap institusi raja.