Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai

Aksi Piala Belia antara Melaka FA dan Sri Pahang FC pada Ahad lalu di Stdaium Hang Tuah. Foto MUSA
Aksi Piala Belia antara Melaka FA dan Sri Pahang FC pada Ahad lalu di Stdaium Hang Tuah. Foto MUSA
A
A
A
PASUKAN Melaka FA dan Sri Pahang FC yang terlibat dalam insiden pergaduhan ketika saingan Piala Belia pada Ahad lepas telah berdamai dan bersetuju menyelesaikan perkara berkenaan secara baik.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis pada 15 Mei dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan insiden itu.

"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 12 Mei sewaktu perlawanan bola sepak Piala Belia melibatkan pemain bawah umur 18 tahun yang melibatkan kedua-dua pasukan di Stadium Hang Tuah.



"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan rasa tidak puas hati melibatkan pemain daripada kedua-dua pasukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau turut menasihati semua pihak yang terlibat dalam perlawanan selepas ini agar memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Sebelum itu, pada 14 Mei lepas, tular satu rakaman video berdurasi 44 saat menerusi media sosial ‘X’ yang memaparkan insiden pergaduhan antara pemain bola sepak di stadium di negeri itu. - Bernama
Artikel Berkaitan: