Khalid pangku jawatan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam

Khalid (kanan) dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Daerah Sabak Bernam bagi menggantikan Agus Salim (kiri) sambil disaksikan Hussein (tengah) dalam majlis serah terima tugas di IPD Sabak Bernam, pada Khamis.
Khalid (kanan) dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Daerah Sabak Bernam bagi menggantikan Agus Salim (kiri) sambil disaksikan Hussein (tengah) dalam majlis serah terima tugas di IPD Sabak Bernam, pada Khamis.
A
A
A

SABAK BERNAM - Deputi Superintenden Khalid Mohamad memangku tugas Ketua Polis Daerah Sabak Bernam berkuatkuasa pada Khamis.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam memangku jawatan itu menggantikan Asisten Komisioner Agus Salim Mohd Alias yang dilantik Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan) Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Pada majlis itu, turut diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Sabak Bernam antara isteri Agus Salim, Manera Muhammad kepada isteri Khalid, Asisten Superintenden Polis, Napisah Sulaiman.

Khalid yang mula bertugas di IPD Sabak Bernam pada September tahun lalu berikrar untuk memastikan indeks jenayah di daerah itu turun.

Beliau memberitahu, pada masa ini, indeks jenayah di daerah itu hanya mencatatkan sebanyak 30 kes dari Januari hingga April berbanding 58 kes pada bulan sama tahun lalu.

"Kita mahu mengekalkan momentum penurunan indeks jenayah ini selepas berjaya mengurangkan kes sebanyak 48 peratus dalam tempoh empat bulan ini," katanya.

Sementara itu, Agus melahirkan penghargaan kepada semua anggota dan pegawainya yang berjaya menurunkan indeks jenayah di daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Agus yang mula berkhidmat di daerah itu pada 19 September 2019 turut berharap pemangku beliau dapat meneruskan prestasi kecemerlangan pencegahan jenayah.

Ditanya mengenai kejayaan beliau sepanjang mengetuai IPD Sabak Bernam, Agus Salim memberitahu, paling diingati apabila dapat menyelesaikan kes tragis membabitkan seorang gadis yang dibunuh dan dibakar pada 22 Mei 2022.

Jelas beliau, dalam kes itu, polis telah menangkap suspek terlibat dan berjaya menyelesaikan kes itu dalam tempoh hanya kira-kira tiga jam sahaja.

"Selain itu, kita juga berjaya membuat rampasan dadah sebanyak 30 kilogram bernilai RM1.8 juta di Sekinchan serta senjata api daripada suspek terlibat," jelas beliau

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!