Azman dilantik Ketua Polis Daerah KLIA baharu

Hussein (tengah) menyaksikan Azman (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA baharu menggantikan Imran (kiri). Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Hussein (tengah) menyaksikan Azman (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA baharu menggantikan Imran (kiri). Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SEPANG - Asisten Komisioner Azman Shari'at dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA baharu, pada Isnin.

Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Imran Abd Rahman yang dinaikkan pangkat bagi menjawat Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA diseru agar memberikan komitmen dan sokongan yang kukuh kepada Ketua Polis Daerah baharu.

Hussein (tengah) bergambar bersama pegawai kanan Kontinjen Selangor selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA baharu pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Hussein (tengah) bergambar bersama pegawai kanan Kontinjen Selangor selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA baharu pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Kita adalah satu pasukan dan dengan semangat kebersamaan, untuk galas tanggungjawab bersama ingatlah pepatah ini 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing'.

"Kita jadikan kata-kata ini sebagai asas dalam setiap tindakan, untuk memastikan agenda pasukan sentiasa diutamakan," katanya dalam ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di IPD KLIA di sini pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi.

Untuk info, Azman, 56, berasal dari Pontian, Johor mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 26 Mei 1991 sebagai Inspektor Percubaan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Hussein turut mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat Imran.

"Untuk makluman, Imran telah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah KLIA pada 4 Ogos 2020 dan beliau telah menunjukkan komitmen dan prestasi kerja yang cemerlang," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!