Anak ketua polis daerah maut, ditemui dalam keadaan berlumuran darah

Mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah. - Gambar hiasan
Mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anak kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia di sebuah kediaman di Lahad Datu, Sabah pada Selasa.

Difahamkan, polis menerima laporan kejadian pada jam 1.22 petang.

Mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: