Mesyuarat Bersatu bincang kukuhkan parti: Mukhriz

Mukhriz (tengah) selepas Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Kedah di TH Hotel hari ini.
Mukhriz (tengah) selepas Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Kedah di TH Hotel hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Mesyuarat Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah hari ini hanya membincangkan perihal parti bagi mengukuhkan lagi hubungan dalam Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, mesyuarat berkenaan juga memberi peluang kepada pimpinan Bersatu mendengar perutusan dan pandangan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Seperti sedia maklum, mesyuarat dihadiri oleh Pengerusi Bersatu (Dr Mahathir) yang juga Ketua Bahagian Bersatu Langkawi.

"Jadi kita ambil peluang mendengar perutusan dan pandangan daripada beliau berhubung keadaan politik negara, parti dan pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama nanti," katanya selepas Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Kedah di TH Hotel di sini tadi.

Mukhriz yang juga Pengerusi PH Kedah berkata, Kedah merupakan negeri agak unik berbanding negeri lain, yang mana ia di bawah PH dan Bersatu sendiri menerajui negeri itu.

"Dalam masyarakat Islam, kita juga bersaing dengan parti Melayu lain. Jadi kita lihat bagaimana kita ingin mengukuhkan PH dan Bersatu sendiri supaya bersiap sedia hadapi Pilihan Raya Umum ke-15," katanya.

Artikel Berkaitan: